Assalamualaikum,
Dulu kita dengaq baja, pakaian
², beg
² berjenama ja yang di
copy paste dari China ni, sekarang teloq pulak?? Aiyoo, bila dah sampai ke bab
² makanan ni, bahayalah weyh~ Kalau tak memudaratkan tak palah, tapi telur ni dihasilkan oleh campuran bahan kimia yang merbahaya! Dulu mende ni ada kat China ja, tak sangka dah termasuk sampai ke Malaysia. Oleh itu,
wajarlah kita mengambil inisiatif atau langkah berjaga
² demi kesihatan jangka masa panjang, kan?
Ye lah, telur ni nak makan, nak masuk ke perut kot.. Sedangkan kosmetik yang takat calit kat muka tu pun orang berhati
² sebab kecantikan & kesihatan kulit punya pasal inikan pula dalaman, huhu, jadi secara ringkasnya, sayangilah perut anda, tak kiralah ianya buncet ataupun slim melim. :)
Kalau telur asli tak berbentuk macam ni,
dia ada lekuk mendatar sikit bahagian bawah.
Tak percaya? Pegilah tenung telur tu,
mana tau kot² boleh menetas ke ayam kalau tenung lama².*muehehe*
Ce klik gambar telur² kat atas ni, tengok betul²,
kat bahagian bawah dia ada ruangan udara sebab tu tak betul² bujur.
Mai kita belajaq macam mana nak bezakan teloq
original dengan yang palsu ni, okey?
Macam ni lah ghupenye telur tiruan yang telah siap dimasak.
Erm, macam menakutkan gak lah kalau ditenung & diinspect lama².
1) Kulit telur tiruan agak bersinar daripada telur biasa (original), tapi tak ketaralah, kena guna Teknik Tenungan 20 Minit tanpa kedip yep.
2) Bila kita pegang telur tiruan ni, kulit dia agak kasar berbanding telur² biasa (original) yang mana yang original mempunyai peratusan tergelincir yang lagi tinggi , yang selalunya berlaku kalau tengah ritual memecahkan 5-10 bijik telur nak buat kek coklat tu, kan jari² dah terkena putih telur, agak mencabar nak memecahkan telur seterusnya, kan? Silap² terlepas, lepas tu terjatuh ke lantai & pecah, membazir sebijik telur, huhuhu~ >.<
3) Kalau kita goncang telur tiruan ni, akan dengar bunyi air sebabkan air berlebihan daripada bahan pepejal *dah kata 100% guna bahan kimia, kan..* Kalau yang original ni, kita goncang sekali dengan head bang pun ala tengah layan lagu rock tu kan, kita boleh dengar cecair likat je, tak cair. Jadi kena pandai bezakan, ye kawan², bunyi cecair likat & cecair yang cair. :)
4) Telur original berbau sedikit macam daging mentah, telur tiruan tak de bau, kalau ade pun, bau bahan kimia la kot. :\
5) Kalau kita ketuk telur secara perlahan, selaput paling luar, yang keras tu, kalau telur yang original makes more crisp sound daripada yang tiruan. Yang original mestilah lagi kuat & tahan lasak daripada yang palsu, kan? Dah kata tujuannya nak melindungi anak ayam yang comel yang bakal lahir, yang comel.
6) Kalau korang pecahkan telur tiruan ni, kuning telur akan bercampur dengan putih telur dengan kadar segera *ayat nak skema je* tanpa perlu dikacau/digoncang/diusik *macam nak buat telur dadar tu*. Hal ini berlaku sebab bahan asas kuning telur & putih telur tu diperbuat daripada bahan yang sama.
7) Bila kita goreng telur tiruan ni, kuning telur akan merebak ke putih telur macam kita kacau pakai garfu tu, tapi yang ni kita tak sentuh pun, terutama yang buat burger benjo, kan dah ada siap bekas dia, tak payah nak kacau segala. Ha, dah kalau korang tak usik pun dia, dia bercampur gak, memang sah lah ituw adalah telur tiruan~!
Ni kuning telur yang dah siap dibentuk,
tinggal nak salut yang putih ja..
esyh, esyh, esyh.
Sumber dapat dari
sini. :)
pssst: Mereka yang dok buat telur
² palsu ni tak takutkah kalau satu hari nanti diorang termakan telur
² yang diorang buat sendiri ni??
Agak koranglah kan, nanti ada tak nak keluar siput atau tiram tiruan pulak? Huhuhu.. Kreatif tak kena tempatlah. Kalau semua jadi tiruan apa kita nak makan untuk kekal sihat??
Okeylah, kalau nak tau lebih lanjut, bolehlah googling key~
Heehee~ ^-^
Ja ne~
Pesanan sampingan: Tarian pun senaman jugak, oleh itu, yang tak suka exercise, bolehlah menari! Papai! :)