Home About Me About Me

❤ My Precious Followers

Come join my blog lists :D

Email:

Baikk.. kalau tak mau reveal email, tinggalkan,
tapi syarat kena ade shoutbox la yup.
Please expect update notification from your shoutbox, kay?
Sekali ja ceq habaq, tak spam aihh~

Blog's Name:
Blog's Address:
Which category? Personal Blogs
Blogshops

Thank you for taking your time to make this list merrier~!


Form brought to you by Freedback~ ^-^
** Please check it at the SHARE LINKS tab for the blog lists ;)

Adios, amigo~!

Monday, May 23, 2011

UNITEN I.T. Week

As salam,


Here's are the details of the event (UNITEN I.T. Week) currently has started at UNITEN:-

Date: 23 - 27th May 2011
Time: 9am - 9pm
Venue: COIT Lobby



What's On?
[Mon - Wed]
PC Fair - Make a list. Get your I.T gadgets at our PC Fair!!
[Mon]
Sound-Holic Workshop - Learn how to edit videos and sound media!
[Tues]
Movie Night - The night is still young! Hyped up your night with some Action Movie
[Wed]
Challenge Your Programming Skills - A programming competition to challenge yourself!
[Thurs]
Gaming For Everyone - An exciting competition with Sony PS3 and Nintendo Wii
[Fri]
Road Trip - EC Council - The Leading IT Security Certification Body

For more information and updates visit them at http://www.facebook.com/unitenitweek

UNITEN I.T Week is open for public.
Invite your friends to come along with you!


 Sankyu sebab sudi singgah & baca entri saye nieyh. :) 
Looking for cute gift? Click here!

Minggu ke-3 sudah~

As salam,

Hari ni myza dah masuk minggu ke-3 yang mana 1 semester kat unibersiti ni sepatutnya 16 minggu tapi dipendekkan menjadi 14 minggu sajaa.. Mana pi 2 minggu?? Aha, soalan yang bernas, sila kemukakan soalan anda kepada jabatan yang berkenaan(ceq tak pasti bahagian mana, human resource kot, ehe..).
Semester ni myza amik 5 subjek (nasib baik dah settle subjek yang drag² tu). Salah satu subjek yang myza amik semester ni ialah AI. Aha, bukan Adobe Illustrator ye kawan-kawan, it's Artificial Intelligence.



Ce teka belajar ape je dalam subjek ni?

Teka, teka, aip, orang suh teka, teka laa, tak semestinya kena betul ~

AI ye murid² sekalian, kita akan belajar cara mesin atau lebih tepat, komputer berfikir atau beroperasi. Mula² memang pening gila, tak paham ape, main sedut je semua input yang lecturer bagi, tak process kat otak pun. *Mwahaha, jangan bagitau lecturer ai pulak, kantoi lee.. =3 *
AI Programs(in other words machine or computer):-
Knowledge base + Inference engine


Traditional programs(e.g.: human brain):-
Algorithms + Data structure

Korang yang bijak bestari ni mesti tak de hal lah. Aha, kalau korang paham, boleh tolong ajarkan myza, amacam? Hehehe..


Contohnya,


MPP(Modus Ponendo Ponens):-
P => Q
P
--------
Q


EE (Equivalence Elimination):-
P <=> Q
P => Q
Q => P


Ade banyak lagi sebenarnya, ye murid², tapi cikgu kate nak kongsi je kan, jadilah kan dua tu, hehe, MTT(Modus Tollendo Tollens) & DN(Double Negation) nak tau search sendiri~ =D
Yang penting belajar apapun kalau faham, memang dijamin BEST. Tiada sesalan. Mwahaha.
Oh yea, minggu ni dekat kampus myza ada PC Fair, Isnin sampai Rabu, ape lagi, moh la kite membeli~ Asyik membeli ja, gunanya tak, ehehe (tuju tepat ke arah cik empunya blog, mwehehe.. :P)


Kalau rasa nak datang melawat tu boleh, sila², jemputlah datang. Tadi 2 kali kena promotional talk, pffft. Nasib baik ade akak tu kenal myza,


"Eh, jap, kejap je, kamu bukan dah datang ke tadi?"


Diorang punya soft skill hebat, susah nak menyampuk kalau dia dah mula cakap, tu yang TERpergi kat booth dia sampai 2 kali =.='' *saye tak bersalah, saye cume menghormati orang lebih tua dengan tidak menyampuk ketika dia sedang bercakap =D*


Okaylah, kejap lagi kalau myza rajin, myza postkan pasal IT Week kat UNITEN ni yep, sape yang rajin *jangan nak nipu ade kelas, myza taw korang ngah cuti~*
Hehehe, babai!



 Sankyu sebab sudi singgah & baca entri saye nieyh. :) 
Cari hadiah yang comel-comel? Klik sini!

Thursday, May 12, 2011

Back to School~

Assalamualaikum,

Hehehe, maaflah dah lame tak mengupdate blog ni, minggu lepas atau lebih tepat hari Ahad, myza baru melangkah masuk ke alam persekolahan yang baru bersama azam baru, syllabus baru, group baru, lecturer baru, rumah baru, bilik baru, room mate & housemates baru yang comel², muahaha, semua baru² belaka.

Kalau dapat lecturer macam ni, ahahahaha.. redha saja. >.<


Disebabkan kesibukan mengangkut barang² ke bilik baru, eden tak dapek la nak mengupdate blog seperti selalu²nye.. hehehe, deepest apologies for my business during this week.

Hari Isnin pergi kelas nak menengok lecturer baru, okay tak, sebab nanti kalau tak okay boleh ditukar seksyennya, kui3x... Tapi alhamdullilah, semuanya okay² je. Harap dapat berjuang dengan jayanya sampai habis semester ni.

Walaupun dah menyelesaikan hutang dengan universiti kesayangan tetapi dek kerana keterlupaan nak memaklumkan ke kaunter kewangan yang berada bertentangan sahaja daripada kaunter pembayaran, maka cik Hamizah telah disekat oleh sistem universiti kesayangannya. Kelalaian sendiri. Oleh yang demikian, pada hari Selasa, dia terus menuju ke administration building bersama rakannya, cik Azureen. Nasib baiklah terbukak hatinya nak pergi meng-unblock namanya di bangunan pentadbiran itu.

Kenapa nasib baik pulak? Ha, sebabnya, cik Hamizah punya timeslot untuk add drop adalah pada hari berikutnya iaitu Rabu. Perghhh.. nasib baik tak terlepas lagi. Kalau tak, naya ja. Cuba bayangkan dah penat² unblock, bukak² sistem, tengok tarikh add drop dah lepas, tak ke emo cik empunya diri kalau jadi macam tu, kenalah dia pergi time openslot nak meng-add lagi 2 subjeknye..(tapi tak jadilah, itu KALAU je, hehe.)

Apapun, myza ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mama, ma, ibu, ummi, emak, mak, bonda, mami,  dan mom yang berada di serata pelusuk dunia, tapi yang teristimewa haruslah mamaku tersayang. Jasamu tidak terbalas, tapi bukan hari ni je, hari² pun wajib menjadi Hari Ibu. We should appreciate & cherish them all time in our life. Even so, we still couldn't have return the favour for what she did to us, her beloved children. Cherish every second of it.





Okie, dah kena berhenti sekarang. Ada aktiviti lain menunggu. Ade buku menanti untuk diselak, hahaha, marilah kita membaca buku, bila² masa, tak kira di mana, meneroka ilmu yang Maha Kuasa. :)

Sehingga kita bertemu lagi, papai~


 Sankyu sebab sudi singgah & baca entri saye nieyh. :) 
Cari hadiah yang comel-comel? Klik sini!

Thursday, May 5, 2011

Singkatan untuk Assalamualaikum

Assalamualaikum kawan-kawan~

Sedikit perkongsian daripada myza, myza tau dulu dah ada isu ini, tapi myza nak repost sebagai reminder :)

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:
"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)


Janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.


i) Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”


ii) Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

iii) Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.

psssst: Sekadar peringatan buat diri sendiri & hanya berniat untuk dikongsi bersama. Jika ada kesilapan, silalah tegur, myza amik daripada notes kat FB. :)


 Sankyu sebab sudi singgah & baca entri saye nieyh. :) 
RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL

Monday, May 2, 2011

Hinakah mereka yang berdosa?

Assalamualaikum,

Manusia tak lari daripada kesilapan,
Besar ke kecil dosanya,
Bukan hak kita untuk menghakiminya,
Biarpun kita mungkin terlibat dengan apa dia lakukan.

Ingatlah,
Sedangkan Rasulullah ampunkan umat,
Allah pula Maha Pengampun,
Hanya menunggu manusia menghapus ego,
Merayu keampunan daripadaNya,
Jika diizinkanNya, pasti dosa terampun.

Tapi itu Allah...

Siapalah kita hendak mengatakan dia berdosa,
Hina, tidak layak dihormati,
Siapa? Siapa kata?
Siapa kau untuk memutuskannya?
Adil belum tentu,
Pahala tak seberapa,
Jangan kerana satu kesalahan,
Kau terus burukkan seseorang,
Kau pandang hina padanya,
Sedangkan dia...
Saban hari memohon ampun,
Menangis penuh keinsafan,
Penuh sabar daripada tomahan & pandangan serong,
Betapa beruntungnya dia,
Sungguh tabah melalui dugaanNya,
Ya Allah Ya Rahim, alhamdulillah,
Semoga syurga baginya dengan izinMu...

Rasulullah S.A.W. bersabda , yang bermaksud: "Setiap anak cucu Adam adalah pelaku dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Barang siapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, lalu memilih jalan lurus. Maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Tuhan itu Maha Pengampun Maha Penyayang." (Surah al-Maidah, ayat 39)


Psssst: Manusia tak lari daripada membuat kesilapan. Jika sahabat kita, adik kita, kakak kita, abang kita, ibu atau bapa kita yang melakukan kesalahan & mereka sudah bertaubat... Kita seharusnya membantu mereka, memberi semangat, memotivasi mereka supaya terus melakukan kebaikan agar mereka jauh daripada kejahatan. Bukannya paranoid atau B.B.(bajet bagus) untuk menghakimi orang & memandang serong, menghina & melemahkan semangatnya untuk dia meneruskan niat berubahnya. Membantu... bukan berdiskriminasi. Tambahkan pahala... bukan menambah dosa untuk diri sendiri, ye tak? :)




 Sankyu sebab sudi singgah & baca entri saye nieyh. :) 
RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL