Home About Me About Me

❤ My Precious Followers

Come join my blog lists :D

Email:

Baikk.. kalau tak mau reveal email, tinggalkan,
tapi syarat kena ade shoutbox la yup.
Please expect update notification from your shoutbox, kay?
Sekali ja ceq habaq, tak spam aihh~

Blog's Name:
Blog's Address:
Which category? Personal Blogs
Blogshops

Thank you for taking your time to make this list merrier~!


Form brought to you by Freedback~ ^-^
** Please check it at the SHARE LINKS tab for the blog lists ;)

Adios, amigo~!
Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Tips Mengurangkan Dominasi Cicak di Rumah

Assalammualaikum,

Cicak oh cicak, tak suka laa,
bila bertembung dengan hang.
Lagi² bila ekoq hang putuih, geli.. -.-'

Hari ni myza nak kongsi tips tuk mereka² yang ada terbela cicak kat rumah, bukan cicak tokek yang mahal tu ek, cicak biasa yang salu ada kat rumah², yang duk bunyi² tu.

Kalau jumpa cicak tokek pulak, hangpa pi juai ja.
Mahai kot.

Kat rumah korang banyak tak cicak? Kalau tak de, tak pe lah, baca untuk pengetahuan, at least nanti kot² pindah rumah lagi besau ke, ada koloni cicak ke, da boleh eksperimen tips yang myza kasi ni.

Tips halau/mengurangkan dominasi cicak:

i) Telur yang korang nak guna buat kek ka buat telur dadar ka, korang pecahkan sikit ja. Lepas tu keluarkanlah isi yang nak guna tu. Baki putih telur tu biarkan aja kat kulit dia tu.

Lebih kurang macam ni,
tapi yang ni dah rebus dulu baru pecahkan,
yang myza cakap tadi yang tak masak,
tak rebus lagi tau.
Fresh from the chicken. Hehe.

ii) Kenal pasti port koloni cicak tadi, letak je telur yang dipecahkan sedikit tu kat tempat² berdekatan.

iii) Kalau baki putih telur tu dah kering, bolehlah korang tukar dengan telur yang baru.


Kalau pecahkan keluar anak ayam macam ni terus,
memang tak makanlah telur ayamnya dah.

psssst: Tips ni bergantung kepada tempat & persekitaran rumah, macam kat rumah myza, cicak² kat sini dah tak makan dah petua letak cili kering bagai, macam dah immune terhadap cili kering. Jadi myza guna telur, cicak dah kurang & bunyi²an dia pun dah tak dengaq, myahaha. 

Nak bela kucing pun boleh jugak,
tapi kalau yang ada lelah tu,
guna alternatif lain la na. :)



 Sankyu sebab sudi singgah & baca entri saye nieyh. :) 
Cari hadiah yang comel-comel? Klik sini!

Sunday, April 10, 2011

AWAS: Telur Tiruan

Assalamualaikum,


Dulu kita dengaq baja, pakaian², beg² berjenama ja yang dicopy paste dari China ni, sekarang teloq pulak?? Aiyoo, bila dah sampai ke bab² makanan ni, bahayalah weyh~ Kalau tak memudaratkan tak palah, tapi telur ni dihasilkan oleh campuran bahan kimia yang merbahaya! Dulu mende ni ada kat China ja, tak sangka dah termasuk sampai ke Malaysia. Oleh itu, wajarlah kita mengambil inisiatif atau langkah berjaga² demi kesihatan jangka masa panjang, kan?

Ye lah, telur ni nak makan, nak masuk ke perut kot.. Sedangkan kosmetik yang takat calit kat muka tu pun orang berhati² sebab kecantikan & kesihatan kulit punya pasal inikan pula dalaman, huhu, jadi secara ringkasnya, sayangilah perut anda, tak kiralah ianya buncet ataupun slim melim. :)

Kalau telur asli tak berbentuk macam ni,
dia ada lekuk mendatar sikit bahagian bawah.
Tak percaya? Pegilah tenung telur tu,
mana tau kot² boleh menetas ke ayam kalau tenung lama².*muehehe*

Ce klik gambar telur² kat atas ni, tengok betul²,
kat bahagian bawah dia ada ruangan udara sebab tu tak betul² bujur.


Mai kita belajaq macam mana nak bezakan teloq original dengan yang palsu ni, okey?

Macam ni lah ghupenye telur tiruan yang telah siap dimasak.
Erm, macam menakutkan gak lah kalau ditenung & diinspect lama².

1) Kulit telur tiruan agak bersinar daripada telur biasa (original), tapi tak ketaralah, kena guna Teknik Tenungan 20 Minit tanpa kedip yep.

2) Bila kita pegang telur tiruan ni, kulit dia agak kasar berbanding telur² biasa (original) yang mana yang original mempunyai peratusan tergelincir yang lagi tinggi , yang selalunya berlaku kalau tengah ritual memecahkan 5-10 bijik telur nak buat kek coklat tu, kan jari² dah terkena putih telur, agak mencabar nak memecahkan telur seterusnya, kan? Silap² terlepas, lepas tu terjatuh ke lantai & pecah, membazir sebijik telur, huhuhu~ >.<

3) Kalau kita goncang telur tiruan ni, akan dengar bunyi air sebabkan air berlebihan daripada bahan pepejal *dah kata 100% guna bahan kimia, kan..* Kalau yang original ni, kita goncang sekali dengan head bang pun ala tengah layan lagu rock tu kan, kita boleh dengar cecair likat je, tak cair. Jadi kena pandai bezakan, ye kawan², bunyi cecair likat & cecair yang cair. :)

4) Telur original berbau sedikit macam daging mentah, telur tiruan tak de bau, kalau ade pun, bau bahan kimia la kot. :\

5) Kalau kita ketuk telur secara perlahan, selaput paling luar, yang keras tu, kalau telur yang original makes more crisp sound daripada yang tiruan. Yang original mestilah lagi kuat & tahan lasak daripada yang palsu, kan? Dah kata tujuannya nak melindungi anak ayam yang comel yang bakal lahir, yang comel.

6) Kalau korang pecahkan telur tiruan ni, kuning telur akan bercampur dengan putih telur dengan kadar segera *ayat nak skema je* tanpa perlu dikacau/digoncang/diusik *macam nak buat telur dadar tu*. Hal ini berlaku sebab bahan asas kuning telur & putih telur tu diperbuat daripada bahan yang sama.

7) Bila kita goreng telur tiruan ni, kuning telur akan merebak ke putih telur macam kita kacau pakai garfu tu, tapi yang ni kita tak sentuh pun, terutama yang buat burger benjo, kan dah ada siap bekas dia, tak payah nak kacau segala. Ha, dah kalau korang tak usik pun dia, dia bercampur gak, memang sah lah ituw adalah telur tiruan~!

Ni kuning telur yang dah siap dibentuk,
tinggal nak salut yang putih ja..
esyh, esyh, esyh.

Sumber dapat dari sini. :)

pssst: Mereka yang dok buat telur² palsu ni tak takutkah kalau satu hari nanti diorang termakan telur² yang diorang buat sendiri ni??

Agak koranglah kan, nanti ada tak nak keluar siput atau tiram tiruan pulak? Huhuhu.. Kreatif tak kena tempatlah. Kalau semua jadi tiruan apa kita nak makan untuk kekal sihat??


Okeylah, kalau nak tau lebih lanjut, bolehlah googling key~
Heehee~ ^-^
Ja ne~

Pesanan sampingan: Tarian pun senaman jugak, oleh itu, yang tak suka exercise, bolehlah menari! Papai! :)





 Sankyu sebab sudi singgah & baca entri saye nieyh. :) 
Cari hadiah yang comel-comel? Klik sini!