Home About Me About Me

❤ My Precious Followers

Come join my blog lists :D

Email:

Baikk.. kalau tak mau reveal email, tinggalkan,
tapi syarat kena ade shoutbox la yup.
Please expect update notification from your shoutbox, kay?
Sekali ja ceq habaq, tak spam aihh~

Blog's Name:
Blog's Address:
Which category? Personal Blogs
Blogshops

Thank you for taking your time to make this list merrier~!


Form brought to you by Freedback~ ^-^
** Please check it at the SHARE LINKS tab for the blog lists ;)

Adios, amigo~!

Monday, April 4, 2011

Kenapa perlu berkuku pendek?

Assalammualaikum,

Pernah tak korang terpikir, kenape lah ade sesetengah spesimen manusia ni suka sangat berkuku pendek, kira kalau kuku dia dah panjang sikit ja, dah capai penyepit kuku, haa, terus, tip, tip, tip*bunyi potong kuku tip-tip kew? Hahaha, yang tu yang myza dengar kalau ketip kuku :P *.

Motif hanya pada kuku, sila abaikan yang lain yang tak berkaitan ye. :)

Apapun, adakah korang tahu kebaikannya berkuku pendek ni? Perlu ke? *Esyh, esyh, esyh, betul-betul tau ke buat-buat tau?* Mesti ada punyalah yang cakap, "Pendek? Like seriously?? Tak cantiklah pendek..". Kalau yang suka merias kuku, memang suka biar kuku panjang, siap shaping lagi bagi ala bujur untuk efek jari slim melim yang cun, tapi kalau kuku pendek pun boleh je merias ni, tak de hal, asalkan kreatif semua boleh jadi cantik, inai pun cantik ape, boleh bawak solat sekali, sonang gheje. :)

Hukum & Hikmah:

TAHUKAH KALIAN? Terdapat hadis Rasulullah yang mengatakan tentang amalan memotong atau myza panggil mengetip kuku ni, seperti yang disebutkan dalam hadis daripada 'Aisyah Radhiallahu'anha yang bermaksud: 

" Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah):
Memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut buku ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak), berkata Zakaria: " berkata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."

(Hadis Riwayat Muslim)

Mengetip kuku ni disunatkan bagi lelaki dan juga perempuan yang mana termasuklah kuku tangan dan kuku kaki ye. Kenape? Kenapa disunatkan? Kerana ianya sunnah Rasulullah & sunnah kalau diamalkan, seperti yang telah korang ketahui, bukan sahaja dapat saham belah kanan tapi juga ada hikmah untuk yang mengamalkannya. Kalau dalam kes mengetip kuku ni, salah satu hikmahnya adalah menghilangkan segala jenis kotoran yang melekat atau terlekat atau berkumpul di celah-celah kuku, di mana kotoran itu boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.


Ha, sapa yang suka mewarna kuku ketika hari-hari merah yang 7-15 hari tu, make sure cuci sampai bersih, jangan ada tertinggal sisa-sisa pewarna kuku tu, lagi-lagi kalau yang jenis jernih ni, base coat ke atau yang suka pakai natural top coat ke, aha, pastikan korang jadik kejap cik perfectionist, supaya mende ituw dicuci sampai bersih. Yang celah antara kuku dengan isi pun mesti pastikan bersih dan suci ye. Barulah tak timbul penyakit syaitan yang was-was sama ada sah ke tak mandi wajib tu, sah tak wudhu' tu.. Heee. :)

Lagi satu, segala kotoran atau najis melekat kat dalamnya, dengan itu, ia boleh menjejaskan kesihatan. (Iye, najis ye, kotor tau, tak bersih, huhu, segala pak cik mak cik bakteria & virus buat reunion kat bawah kuku tuuu, yang myza tau salah satu bakterianya ialah E.Coli..) Bacteria tu kalau korang dah tertelan banyak kali, ha, bahayo weyh. Bakteria ni akan merayap dalam perut korang ke usus kecik, lepas tu diorang akan masuk ke bahagian dalam permukaan usus besar korang. Selepas tu, diorang akan mulakan kegiatan diorang yang mana akan menyebabkan inflammation atau keradangan pada dinding usus si mangsa *tadi korang, tiba2 jadi si mangsa pulak, hehee :P*.

Keradangan tu adalah disebabkan oleh penyimpanan toksin oleh si bakteria tadi tu & dipercayai boleh menyebabkan hemorrhagic colitis (H.C.). H.C. ni simptom E.Coli pertama yang mana kalau kena korang akan rasa sakit kat bahagian abdomen & cramps yang parah. Lepas tu, dalam masa 24 jam akan jadi pulak diarrhea. Kalau sampai tahap yang teruk, diarrhea tu akan berair dan boleh nampak ianya berdarah. Tak ke ngeri kalau terkono? Mintak simpanglah ya Allah! Kalau nak buat research pasal e.coli ni, apa lagi, silalah berdampingan dengan si Google ye. :)

Cara Memotong Kuku :

Adalah disunatkan mengetip kuku dari tangan kanan kemudian tangan kiri, kuku kaki kanan kemudian kaki kiri. Menurut Imam an-Nawawi, kita haruslah ngetip kuku mula dari jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sampailah ke jari kelingking (jari last yang paling tecik & comel tu yep ^^ ). Barulah kemudiannya sambung pulak ibu jari & tangan kiri daripada jari kelingking ke ibu jari.

Kuku kaki pulak, bermula dari kaki kanan jari kelingking ke ibu jari & kaki kiri dari ibu jari ke jari kelingking.
Kalau tak paham, jangan segan silu nengok gambar kat bawah ni yeaa. :)

:.Kedua belah tangan.:

:.Kedua belah kaki.:

Barang/ Alat Mengetip Kuku :

Okay, moh le kite beraleh ke alatan untuk memotong kuku pule. Kite haruslah mengetip kuku dengan menggunakan gunting, pisau atau alat khas yang tidak memudaratkan kuku atau jari, yang paling senang pengetip kuku lah kan.. Lepas potong kuku, jangan malas-malas basuh tangan & kaki tu dengan air, kalau rajin sabunlah dengan LifeBuoy ke Dettol ke, ikut citarasa yep. Sebabnya? Takutlah kalau-kalau ada lagi bakteria yang tertinggal kat hujung kuku tu, seghupe la dengan tak potongnye, kene jugak dengan bakteria ituw, kan, kan.

Bagi yang suka potong kuku guna cara natural a.k.a. gigit kuku, kalau boleh hentikanlah atau kurang-kurangkanlah, kenapa? Sebab hukumnya makruh, makruh menggunakan  gigi untuk memotong kuku *Kerana ianya tidak boleh dipanggil mengetip lagik, eceh, tak de lah.. sebabnyaa..* menurut mazhab Hanafi ianya boleh menyebabkan seseorang itu mewarisi penyakit kusta. *Menakutkan . . . O_O" *

Oleh itu, ghajin-ghajinlah ngetip kuku ye kawan-kawan~
Tak ghugi papepun, dijamin bersih & sihat~!

Untuk keterangan lanjut, ehem, kalau nak tau lebih terperinci lagi, bolehlah singgah sini atau boleh je digooglekan mengikut kerajinan masing-masing iye. :)

Okay, macam agak terlajak sudah, myza stop di sini dulu yep, nanti kite sambung lagik~~~ :)





 Sankyu sebab sudi singgah & baca entri saye nieyh. :) 
Cari hadiah yang comel-comel? Klik sini!

4 comments:

  1. nak potong kuku yang panjang !
    hehe
    nice !!

    ReplyDelete
  2. Yesh, potong jangan tak potong! :D

    ReplyDelete
  3. Yep2 klu kuku pdex best bf x kan mjerit auw yep my hobi cubit my bf lau die mgatal huhuhu.gurl kwang thu x 75% boy lg ske gurl kuku pjang.tol2 ayu penah buat nails club tau lelaki lg ramai join club ayu sirus.x tipu siap ade mtak tip manicure x ckup lg? Ade nk color kuku dwang ahak6 ayu gelak jek huhuhu.emmm ok ayu ajar tip nk kilat kuku dlm care islam and u all leh sembayang nk thu x! Huhuhu ok mule u all cri batu lesong and batu mozed k p2 u all asah mozet 2 at batu lesong sampai dpat habox mozed 2 .habox 2 wane putih u all ambik habox 2 u all gosok2 at kuku p2 bru gosok gan kain .tp kene rajin 1 kuku 30 minit dlm 8 ari blink2 ah kuku u all x caye cube ye
    .ayu pkai fake nail jek lg senang mcm2 at leh pilih huhuhu ok lah u all lau nk thu ape2 nails tip cri ayu at fb ayumikoglitter@yahoo.com k bubuy

    ReplyDelete
  4. Hai Ayumikoglitter,

    Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog myza. Masing-masing punya pendapat mereka yang tersendiri. Berbeza cara hidup pun boleh membuatkan seseorang mempunyai perspektif yang berbeza. Bagi myza, berkuku pendek dapat elakkan penyakit, myza selesa berkuku pendek, cubit pun berbisa jugak, tak guna kuku sebab takut berdarah pulak, hehe. Tambahan, ada disebut dalam hadis, jadi kalau mengikut amalan Rasulullah amat digalakkan dalam Islam, iye tak, bila lagi nak bina saham kanan secara mudah. Tak salah kan kalau tak hot demi ganjaran akhirat, kan, kan? Tapi terserahlah kepada individu masing-masing yang mana menjadi keutamaan diorang, kecantikan ataupun kebersihan. Lain orang lain kepentingannya. Lagipun kalau manicure ni nak bersolat perlu dibersihkan betul-betul, kalau tak, tak sah. ^^

    Apapun terima kasih sangat for sharing the information. I appreciate & respect it as an opinion. :)

    ReplyDelete