Home About Me About Me

❤ My Precious Followers

Come join my blog lists :D

Email:

Baikk.. kalau tak mau reveal email, tinggalkan,
tapi syarat kena ade shoutbox la yup.
Please expect update notification from your shoutbox, kay?
Sekali ja ceq habaq, tak spam aihh~

Blog's Name:
Blog's Address:
Which category? Personal Blogs
Blogshops

Thank you for taking your time to make this list merrier~!


Form brought to you by Freedback~ ^-^
** Please check it at the SHARE LINKS tab for the blog lists ;)

Adios, amigo~!

Wednesday, April 13, 2011

Aqso dan Madina

Assalamualaikum,

Korang tengok tak cerita Aqso dan Madina ni? Myza sebenarnya tak tengok tapi sejak duduk rumah cuti ni, mama pasang cerita ni pagi-pagi. Memang sangkutlah. Ahahaha.



Mailah myza nak intro sikit pasal watak dalam cerita ni, okey~


Madina seorang yang comel dan sangat baik hati. Myza tabik tahap kesabaran dia. Selalu mengalah dan memang boleh nampak keikhlasan dia dalam melakukan sesuatu atau masa menolong orang lain. Sangat sayangkan Safira sehingga sanggup mengorbankan cintanya kepada Aqso. Dia akhirnya berkahwin dengan Ikram.


Ini Aqso, protagonis cerita, hero di hati tapi fizikal kurang sikit lah, maksudnya bab² lawan ni tak berapa sangatlah. Memang lurus & baik orangnya, kadang kala terlalu lurus sehingga memerangkap diri. Sangat cinta pada Madina. Tetapi berkorban demi kakak dia, Safira. Kiranya, dia kahwin dengan Safira lah kan, dan punya anak.

Yang ni pulak Ikram, walaupun mula² macam sakit mental sampai Madina tak tahan sebab dia suka pukul Madina. Lepas tu, Madina pergi tempat lain dan meminta tolong Iran untuk menjaga suami dia. Apa yang best pasal Ikram ni, dia berfikiran logik dan cara berfikir dia tak naif macam si Aqso dan tak mudah dipengaruhi. Dia kahwin dengan Madina & Iran.

Ini pulak Avril. Dia ni kuat. Jangan pandang lebih kurang ja sebab dia cun & slim melim. Kuat ah, boleh diharap kalau gengster datang nak belasah ke, tak de hal. Obses dengan Aqso. Cara pemikiran yang licik & jahat, tapi kadang² baik. Yulaika *yang kununnya anak Aqso* suka kat dia. Agak talam dua muka jugak lah.

Ni lah si Iran. Perghh. Cun memanglah cun, mula² baik sangat. Tapi sayang, dia kena cucuk dengan mok cik Rosita *orang gaji diorang* sampaikan dia menangkan si Ros tu daripada suami dia. Selalu buat perangai annoying sejak kena cucuk² dengan si Ros tu. Hatinya dah tak seputih berbanding masa sebelum mereka mengambil si Ros tu datang bekerja di rumah mereka. Terlalu mudah dihasut. Hehe, paling menyampah dengan dia kalau episod sekarang.

Yang ni pulak Safira. Memang cun, tak payah ceritalah, semua cun² yang berlakon dalam cerita ni. Safira ni suka Aqso. Dia dulu bini Pasha. Tapi diorang ingat si Pasha meninggal sebab kemalangan kapal terbang. Tapi tak. Tapi agaknya dah lebih tempoh iddah la kot kan, dia pun kahwin dengan Aqso. Dia ni garang sikit kot daripada Madina. Sangat emosi. Tapi baik. Kalau dalam episod sekarang, dia hilang sebab dihanyut arus sungai. Tak jumpa² lagi. Tapi myza rasa dia dah jumpa Aqso. Cuma tak tunjukkan diri. Tanggapan je, myza tak tau, cuma agak ja, haha. :P

Apapun, cerita ni ada hikmah & pengajarannya, tu yang terlayan tu, ahaha. Yang penting OST dia best. Lagu si Madina (Marshanda) yang nyanyi.

Marshanda - Ketulusan Hati

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah

Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah

pssst: Sambil menonton sambil menginsafi diri. :)


 Sankyu sebab sudi singgah & baca entri saye nieyh. :) 
Cari hadiah yang comel-comel? Klik sini!

No comments:

Post a Comment