Home About Me About Me

❤ My Precious Followers

Come join my blog lists :D

Email:

Baikk.. kalau tak mau reveal email, tinggalkan,
tapi syarat kena ade shoutbox la yup.
Please expect update notification from your shoutbox, kay?
Sekali ja ceq habaq, tak spam aihh~

Blog's Name:
Blog's Address:
Which category? Personal Blogs
Blogshops

Thank you for taking your time to make this list merrier~!


Form brought to you by Freedback~ ^-^
** Please check it at the SHARE LINKS tab for the blog lists ;)

Adios, amigo~!
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Tips Mengurangkan Dominasi Cicak di Rumah

Assalammualaikum,

Cicak oh cicak, tak suka laa,
bila bertembung dengan hang.
Lagi² bila ekoq hang putuih, geli.. -.-'

Hari ni myza nak kongsi tips tuk mereka² yang ada terbela cicak kat rumah, bukan cicak tokek yang mahal tu ek, cicak biasa yang salu ada kat rumah², yang duk bunyi² tu.

Kalau jumpa cicak tokek pulak, hangpa pi juai ja.
Mahai kot.

Kat rumah korang banyak tak cicak? Kalau tak de, tak pe lah, baca untuk pengetahuan, at least nanti kot² pindah rumah lagi besau ke, ada koloni cicak ke, da boleh eksperimen tips yang myza kasi ni.

Tips halau/mengurangkan dominasi cicak:

i) Telur yang korang nak guna buat kek ka buat telur dadar ka, korang pecahkan sikit ja. Lepas tu keluarkanlah isi yang nak guna tu. Baki putih telur tu biarkan aja kat kulit dia tu.

Lebih kurang macam ni,
tapi yang ni dah rebus dulu baru pecahkan,
yang myza cakap tadi yang tak masak,
tak rebus lagi tau.
Fresh from the chicken. Hehe.

ii) Kenal pasti port koloni cicak tadi, letak je telur yang dipecahkan sedikit tu kat tempat² berdekatan.

iii) Kalau baki putih telur tu dah kering, bolehlah korang tukar dengan telur yang baru.


Kalau pecahkan keluar anak ayam macam ni terus,
memang tak makanlah telur ayamnya dah.

psssst: Tips ni bergantung kepada tempat & persekitaran rumah, macam kat rumah myza, cicak² kat sini dah tak makan dah petua letak cili kering bagai, macam dah immune terhadap cili kering. Jadi myza guna telur, cicak dah kurang & bunyi²an dia pun dah tak dengaq, myahaha. 

Nak bela kucing pun boleh jugak,
tapi kalau yang ada lelah tu,
guna alternatif lain la na. :)



 Sankyu sebab sudi singgah & baca entri saye nieyh. :) 
Cari hadiah yang comel-comel? Klik sini!

Tuesday, March 1, 2011

Tips Redakan Kemarahan

As salam,

Awas, tips yang myza nak kongsi ni, orang yang hebat2x je akan cuba buat & mendapat hasil yang diinginkan! :D

1. Recall balik ape punca utama yang menghanginkan korang tu (ditujukan kepada yang agak cepat lupa -macam myza, haha :P ). Kalau boleh luah kat kawan, luahkan. Kalau tak pun, boleh luahkan kat diari, tulis jangan tak tulis, nak lukis sekali pun boleh, asal lepas geram/amarah tu. (myza dah penah buat -kantoi suda- memang effective wa cakap sama lu~!).

2. Penenang jiwa - Tarik nafas dalam2x, hembus dengan perlahan & tenang (orang kate kalau tarik & hembus laju2x lagi hot meh~). Buat air feveret korang & nikmatlah kesedapannye tanpe memikirkan masalah korang. :)

3. Kalau berpunca daripada orang yang mungkin macam tak puas hati dengan kita, anggaplah dye sebenarnya jeles/cemburu(yang berfaktorkan untuk kemajuan diri) & dalam diam nak jadi macam kita(kira macam role model gitu~).

4. Jadilah manusia yang baik, memang ada orang yang tak suka tengok orang baik, jadi ape lagi(peluang keemasan, lagi baek ekau, lagi jeles dye, sape yang sakit sekarang? Hoho~).

5. Tak pun, kalau dia kawan rapat korang, bawak2x bersabarlah(ye myza taw, cakap memang senang, sebab tu la, ce bace balik, tips untuk orang yang hebat2x je ni~!), nak puaskan hati semua orang memang susah, Rasulullah yang maksum tu, manusia termulia pun ada yang tak puas hati dengan baginda, kan?

6. Kalau puncanya masalah kerja/assignment yang bertimbun2x da nak macam Gunung Everest tu, selesaikanlah perlahan-lahan. (Bukan maksudnye tulis satu huruf 1 minit yep, sile jangan loyar buruk sangat di sini, seyes tikit kawan2x =.=") Kiranya, buat ikut kemampuan, kalau rasa nak test limit tu, boleh gak paksa diri buat extraordinary tasks, tapi jangan sampai effect kesihatan/kesejahteraan diri la ek.

7. Kalau masalah tu menyebabkan sampai korang insomnia, aha, tips nye, beriadah lah, lepas dah penat berlompat-lompat, konfem sonang ja, letak je badan, hanyut~~~

8. Rase macam semua dah tau tapi nak bagitau jugak, kadang2x memang elok mengamalkan pepatah, "The glass is half full.". Latih diri jadi seorang yang optimistik. Dapat dua, satu, masalah konfem kurang kalau beranggapan baik terhadap sesuatu kejadian yang menimpa diri, and 2nd one, pahala pun dapat, Allah kan suka hamba2xNya berfikiran baik2x. :))

9. Mengaji tiap2x hari, bila2x free, lepas Subuh ke, lepas Maghrib ke, asal free je, mengajilah, memang kerja jadi senang, fikiran jadi lapang, kalau yang uzur tu, tak salahkan, berzikir? Tak pun dengar orang mengaji al-quran, sekarang senang je, online pun boleh, cd pun boleh, berusahalah yup! ^^

10. Point ni memang orang hebat je boleh buat (myza pun tak rase boleh buat sangat), asingkan masalah, kalau masalah dengan kawan, bila jumpa parents, jangan di bawak tempiasnye kepada mereka. See the location la~ Marah pun kat orang lain, tak pasal2x terdouble, triplekan masalah yang dah memang ada. Kan leceh dah, macam virus, merebak. >.< Okie, itu saje setakat ni, nak letak gambar, nantilah myza add yep, huhu~(final dah dekat cik kak oii, kau relax beronline2x bagai lagi kan?)

Friday, February 11, 2011

Tips Nak Kuruskan Badan~!

Hi kawan-kawan,

Hari ni Myza nak share dengan you all tips kuruskan badan!
Aha~ Kan Myza ade janji dalam post yang mula2x sekali itu~?
Orait, ni tips yang Myza reka sendiri, pakar nutrition,
maaflah kalau ni diet tak sehat yep > <"


Okie, first thing first, no rice! Sape yang tak leh tahan tu boleh la kurangkan kadar nasi pelan2x ye, memang susah nak tibe2x benti terus makan nasi. Mesti jadi lemah & tak kuat, rase nak tido je sebab? Lapa.
Jadinya, slow-slow kay.


Next, banyakkan minum air kosong, kalau ade filter kat rumah macam bio disc ke, gunakanlah :D
Myza kat rumah Abah kasi pakej, bio disc lepas tu ade satu lagi filter gaban kat luar rumah. Tapi memang rase la perubahan bile minum air kat rumah berbanding kat U * ini bukan promosi yep, just wanna share ;P * Kulit rase tak de sangat nak meragam, licin selalu~ Die kalau nak buat hal mase Myza away from home, tak taw lah air berkat ke, kulit sensitif ke. Yang Myza try 1 gelas 1 jam, sebab Myza ni memang malas gile nak g minum air dalam botol yang bosa tu, jadi sebagai motivasi diri, Myza akhirnya berjaya mendapatkan botol air kecik, 500ml punye, bole bawak g kuliah, pas tu pepandai la refill ek. Pastikan 8-10 gelas sehari yer~


Selain tu, aha, mesti ade yang tak suke dengar yang ni, bersenam lah anda~! Yeah! Myza wat mula2x 1 jam seminggu, lepas tu gandakan 2 jam seminggu dan setakat tu saje lah gandaannye yep :D
Myza guna treadmill dengan basikal saje (tu yang selalu la~)



Lepas tu, yang paling mudah, makanlah oatmeal :D
Oat mengurangkan kolestrol dalam badan, trust me,
makan oat 2 kali sehari, you'll see the difference!

Kay la, itu saje buat mase ni, kalau Myza teringat yang lain nanti Myza tambah yep.
And if you'd like to add some tips, do so by commenting this post,
that'll be very much appreciated! :)


Good night~
Ja ne!
As salam~