Home About Me About Me

❤ My Precious Followers

Come join my blog lists :D

Email:

Baikk.. kalau tak mau reveal email, tinggalkan,
tapi syarat kena ade shoutbox la yup.
Please expect update notification from your shoutbox, kay?
Sekali ja ceq habaq, tak spam aihh~

Blog's Name:
Blog's Address:
Which category? Personal Blogs
Blogshops

Thank you for taking your time to make this list merrier~!


Form brought to you by Freedback~ ^-^
** Please check it at the SHARE LINKS tab for the blog lists ;)

Adios, amigo~!
Showing posts with label kenapa. Show all posts
Showing posts with label kenapa. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Kenapa Allah . . .

Assalammualaikum,

Amaran:
Entri tanpa gambar yang memerlukan hati & akal untuk memahami dan sama-sama menginsafi diri.. InsyaAllah! :)

Kenapa Allah kurniakan akal kepada manusia?
Supaya kita dapat membezakan yang baik & yang buruk,
Supaya kita dapat menyelesai masalah yang diuji oleh-Nya,
Bukannya untuk menindas yang lemah & memutar belit fakta,
Bukan menggalakkan kemusnahan membinasa bumi-Nya.
Betapa bijaksananya Allah S.W.T. ...


Kenapa Allah kurniakan hati kepada setiap manusia?
Supaya kita saling menjaga perasaan sesama manusia,
Saling menolong saling membantu seikhlas hati,
Bukan untuk saling bermusuhan berhati hitam,
Bukan untuk bertindak melulu mengikut hati semata.
Betapa hebatnya pengaturan Yang Maha Kuasa ...


Kenapa Allah kurniakan pelbagai jenis bentuk badan,
Ada yang sihat ada yang kurus,
Kenapa oh kenapa, pernahkah kalian terfikir?
Kerana kita punya citarasa yang sangat berbeza,
Biar darah sama merah, pilihan hati pasti tidak sama.
Betapa sempurnanya ciptaanNya ...


Semua manusia ada kelemahan ada kelebihan,
Asahilah kelebihan perbaikilah kelemahan,
Allah lebih Mengetahui,
Belajarlah menerima diri seadanya,
Belajarlah menyayangi diri setulusnya,
Belajarlah menghargai pemberianNya,
Belajarlah mengamalkan suruhanNya,
Jauhilah laranganNya,
Contohilah kekasihNya,
Rasul kita Rasulullah S.A.W.,
Kerana Dia amat mengasihi hamba-hambaNya.

Pssst: Sekadar berkongsi puisi keinsafan yang secara spontan terdetik di mindaku.

Sesungguhnya apabila matinya seorang anak Adam, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
i) Sedekah & amal jariahnya.
ii) Doa anak-anaknya yang soleh.
iii) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Jadi, janganlah kedekut ilmu, rajin-rajinlah berkongsi ilmu, sebagai panduan atau pengajaran untuk orang lain juga diri sendiri, ye dak.. :)



 Sankyu sebab sudi singgah & baca entri saye nieyh. :) 

Monday, February 14, 2011

Valentine's Day

As salam semua~

Okay, sile jangan salah faham dengan tajuk entri myza hari ni, disebabkan hari ni ade kelas cancel, myza pun belek2x blog2x yang masyuk & hot jugaklah yang ade terangkan pasal isu valentine's day ni(yang tak de isu tu pun aku layan, ahaha, bace blog orang rajen, blog sendiri tak gerak2x~), kepada kawan2x muslim sekalian, harap korang lebih teruja nak sambut Maulidur Rasul esok drpd hari ni yep!



Kat sini myza letakkan link blog2x yang myza lawati, sama2xlah baca & pahamkan apekah valentine's day tu benanye yep? Boleh? Bukan marah, benanye, myza pun agak konfius, so, i better not write anything that i don't understand well, right? Kang tak pasal2x bagi fahaman sesat, banyak lak saham(tak baik) akhirat wa nanti~

Silalah godek2x blog2x nieyh tuk faham ape itu hari valentine:-

JAIS.gov.my
SuhaibWebb.com
PPIUniten


Nak dipendekkan, atau kalau internet terlalu laju dah tak sanggup nak tunggu atau tak boleh load,
meh nak kongsi daripada ape yang myza faham mengenai asal usul hari valentine tu,
berdasarkan ape yang myza bace kat laman web jais la ek:-

Versi pertamanya, perkataan valentine tu sebenarnye diambil sempena nama paderi besar Kristian masa pemerintahan seorang ratu Sepanyol (Isabella), paderi tu name die Saint Valentine. Die ni disayangi sebab berjaya menumpaskan kerajaan Islam kat Cardova, Sepanyol pada tarikh valentine's day la, 14hb Feb, tahun 270 Masihi. Ratu Isabella hargai sangat kejayaan paderi tu, maka, Hari Valentine pun disambut sejak itu, setiap tahun oleh rakyat Cardova sempena kemenangan itu.

Lagi satu versi pule, ade kaitan dengan St Valentine masa pemerintahan Raja Rom yang bernama Cladius 11 (268-270). St Valentine ni dikatakan tak mau ikut arahan & dijatuhkan hukuman. Masa dalam penjara, St Valentine ni jatuh cinta dengan anak pegawai penjara & sebelum dibunuh, St Valentine sempat tulis surat cinta untuk gadis tersebut yang bertandatangan 'From your Valentine'(daripada Valentinemu).

Agak2x orang Islam yang sambut valentine tau tak pasal peristiwa versi pertama tu? Sanggup ke korang nak sambut valentine jugak? Er, jap, perlu ke? Fikir2xkanlah.

Psst: myza tak sambut v-day, b-day kan ade, cukupla tu.. makan makan makan, nyum nyum! x)