Hehe, lame dah ter'miss' nak update blog (sesuatu yang tak berape memberansangkan, huhu~)
Malam ni myza ade test agama, myza tengah2x study, ade point yang myza rase patut dikongsikan kat sini..
Dalam topik Sistem Kekeluargaan Islam,
Ada disebutkan bahawa, akhlak adalah harta yang paling berharga(bukan sementara, tapi untuk selama-lamanya, kenapa?) kenapa bukan harta? Kerana ia akan habis atau jika terlalu obses boleh membawa kehancuran & permusuhan. Kenapa tak kecantikan? Kerana ia akan luntur ditelan masa, iyalah, ade ke orang yang makin hari makin muda, makin cantik(i mean naturally, not the cucuk2x one..)? Kecantikan juga boleh menimbulkan fitnah kalau tidak dipelihara dengan sebaiknya, bukan?
Akhlak memberi impak yang besar dalam kebahagiaan sesebuah keluarga tu,
Rasulullah bersabda,
" Empat perkara yang membawa kesusahan iaitu:
i) jiran yang buruk,
ii) tunggangan yang buruk,
iii) perempuan yang buruk perangainya dan
iv) rumah yang sempit.
Dan empat perkara yang membahagiakan:
i) perempuan yang solehah,
ii) tempat tinggal yang luas,
iii) jiran yang baik dan
iv) kenderaan yang selesa. "
Jadi, bila dah study ilmu macam ni, timbullah keazaman nak jadi muslimah yang elok akhlaknya, iyalah, siapa tak nak jadi orang baik, orang yang orang lain suka & respect? Nak jadi maksum tu impossible la sebagai manusia biasa, tu anugerah ke atas utusan Allah, Rasulullah S.A.W., tapi tak bermakna tak boleh nak jadi baik langsung, tekad & niat tu kalau ada, insyaAllah. Semoga kita dapat menjadi salah seorang di antara mereka yang berakhlak mulia kerana Allah S.W.T.