As salam semua~
Okay, sile jangan salah faham dengan tajuk entri myza hari ni, disebabkan hari ni ade kelas cancel, myza pun belek2x blog2x yang masyuk & hot jugaklah yang ade terangkan pasal isu valentine's day ni(yang tak de isu tu pun aku layan, ahaha, bace blog orang rajen, blog sendiri tak gerak2x~), kepada kawan2x muslim sekalian, harap korang lebih teruja nak sambut Maulidur Rasul esok drpd hari ni yep!
Kat sini myza letakkan link blog2x yang myza lawati, sama2xlah baca & pahamkan apekah valentine's day tu benanye yep? Boleh? Bukan marah, benanye, myza pun agak konfius, so, i better not write anything that i don't understand well, right? Kang tak pasal2x bagi fahaman sesat, banyak lak saham(tak baik) akhirat wa nanti~
Silalah godek2x blog2x nieyh tuk faham ape itu hari valentine:-
JAIS.gov.my
SuhaibWebb.com
PPIUniten
Nak dipendekkan, atau kalau internet terlalu laju dah tak sanggup nak tunggu atau tak boleh load,
meh nak kongsi daripada ape yang myza faham mengenai asal usul hari valentine tu,
berdasarkan ape yang myza bace kat laman web jais la ek:-
Versi pertamanya, perkataan valentine tu sebenarnye diambil sempena nama paderi besar Kristian masa pemerintahan seorang ratu Sepanyol (Isabella), paderi tu name die Saint Valentine. Die ni disayangi sebab berjaya menumpaskan kerajaan Islam kat Cardova, Sepanyol pada tarikh valentine's day la, 14hb Feb, tahun 270 Masihi. Ratu Isabella hargai sangat kejayaan paderi tu, maka, Hari Valentine pun disambut sejak itu, setiap tahun oleh rakyat Cardova sempena kemenangan itu.
Lagi satu versi pule, ade kaitan dengan St Valentine masa pemerintahan Raja Rom yang bernama Cladius 11 (268-270). St Valentine ni dikatakan tak mau ikut arahan & dijatuhkan hukuman. Masa dalam penjara, St Valentine ni jatuh cinta dengan anak pegawai penjara & sebelum dibunuh, St Valentine sempat tulis surat cinta untuk gadis tersebut yang bertandatangan 'From your Valentine'(daripada Valentinemu).
Agak2x orang Islam yang sambut valentine tau tak pasal peristiwa versi pertama tu? Sanggup ke korang nak sambut valentine jugak? Er, jap, perlu ke? Fikir2xkanlah.
Psst: myza tak sambut v-day, b-day kan ade, cukupla tu.. makan makan makan, nyum nyum! x)
No comments:
Post a Comment