As salam,
Awas, tips yang myza nak kongsi ni, orang yang hebat2x je akan cuba buat & mendapat hasil yang diinginkan! :D
1. Recall balik ape punca utama yang menghanginkan korang tu (ditujukan kepada yang agak cepat lupa -macam myza, haha :P ). Kalau boleh luah kat kawan, luahkan. Kalau tak pun, boleh luahkan kat diari, tulis jangan tak tulis, nak lukis sekali pun boleh, asal lepas geram/amarah tu. (myza dah penah buat -kantoi suda- memang effective wa cakap sama lu~!).
2. Penenang jiwa - Tarik nafas dalam2x, hembus dengan perlahan & tenang (orang kate kalau tarik & hembus laju2x lagi hot meh~). Buat air feveret korang & nikmatlah kesedapannye tanpe memikirkan masalah korang. :)
3. Kalau berpunca daripada orang yang mungkin macam tak puas hati dengan kita, anggaplah dye sebenarnya jeles/cemburu(yang berfaktorkan untuk kemajuan diri) & dalam diam nak jadi macam kita(kira macam role model gitu~).
4. Jadilah manusia yang baik, memang ada orang yang tak suka tengok orang baik, jadi ape lagi(peluang keemasan, lagi baek ekau, lagi jeles dye, sape yang sakit sekarang? Hoho~).
5. Tak pun, kalau dia kawan rapat korang, bawak2x bersabarlah(ye myza taw, cakap memang senang, sebab tu la, ce bace balik, tips untuk orang yang hebat2x je ni~!), nak puaskan hati semua orang memang susah, Rasulullah yang maksum tu, manusia termulia pun ada yang tak puas hati dengan baginda, kan?
6. Kalau puncanya masalah kerja/assignment yang bertimbun2x da nak macam Gunung Everest tu, selesaikanlah perlahan-lahan. (Bukan maksudnye tulis satu huruf 1 minit yep, sile jangan loyar buruk sangat di sini, seyes tikit kawan2x =.=") Kiranya, buat ikut kemampuan, kalau rasa nak test limit tu, boleh gak paksa diri buat extraordinary tasks, tapi jangan sampai effect kesihatan/kesejahteraan diri la ek.
7. Kalau masalah tu menyebabkan sampai korang insomnia, aha, tips nye, beriadah lah, lepas dah penat berlompat-lompat, konfem sonang ja, letak je badan, hanyut~~~
8. Rase macam semua dah tau tapi nak bagitau jugak, kadang2x memang elok mengamalkan pepatah, "The glass is half full.". Latih diri jadi seorang yang optimistik. Dapat dua, satu, masalah konfem kurang kalau beranggapan baik terhadap sesuatu kejadian yang menimpa diri, and 2nd one, pahala pun dapat, Allah kan suka hamba2xNya berfikiran baik2x. :))
9. Mengaji tiap2x hari, bila2x free, lepas Subuh ke, lepas Maghrib ke, asal free je, mengajilah, memang kerja jadi senang, fikiran jadi lapang, kalau yang uzur tu, tak salahkan, berzikir? Tak pun dengar orang mengaji al-quran, sekarang senang je, online pun boleh, cd pun boleh, berusahalah yup! ^^
10. Point ni memang orang hebat je boleh buat (myza pun tak rase boleh buat sangat), asingkan masalah, kalau masalah dengan kawan, bila jumpa parents, jangan di bawak tempiasnye kepada mereka. See the location la~ Marah pun kat orang lain, tak pasal2x ter
double,
triplekan masalah yang dah memang ada. Kan leceh dah, macam virus, merebak. >.< Okie, itu saje setakat ni, nak letak gambar, nantilah myza add yep, huhu~(final dah dekat cik kak oii, kau relax ber
online2x bagai lagi kan?)